Rabu, Mac 09, 2011

Adab Berpakaian | Sunnah Rasulullah






DARI Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur katanya, tingkahlakunya, ibadahnya dan lain-lain lagi.

Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya yang membezakan kita dengan penganut agama yang lain.

Walau sekecil manapun sesuatu itu, terdapat banyak hikmah tertentu yang baik dari segi agama mahupun ilmu perubatan yang melaluinya jelas membuktikan akan kebenaran agama Islam selaku agama fitrah yang sesuai bagi seluruh umat manusia.



Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



0 comments:

Catat Ulasan