Pages

Selasa, Jun 29, 2010

Happy Birthday Zul'Khair Ilhami


Terasa cepatnya masa berlalu.. seperti baru semalam sahaja melahirkannya.Anak lelakiku yang sulung Zul 'Khair Ilhami menyambut hari lahirnya yang ke-5 tahun semalam 28 June 2010.


Tersengih kegembiraan nak meniup kek hari jadinya..tiada sambutan istimewa,cukup sekadar ahli keluarga sahaja.



Kek yang di beli oleh ayahnya Ilham..simple jer memandangkan sibuk bekerja sepanjang hari..tiada hadiah kali ini sebab ayahnya dah belikan permainan robot Transformer minggu lepas.



Rabu, Mei 26, 2010

Sedikit Tazkirah NAZAR Dan Kita




Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir


Hadith :

DARI Abu Hurairah katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya.”

(Muslim)

Huraian:

Setiap pergerakan, langkah dan perjalanan kita di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T iaitu qada’ dan qadar-Nya.

Maka tidaklah menjadi suatu yang menghairankan jika sesuatu yang tidak disangka-sangka tiba-tiba berlaku ke atas diri kita sama ada yang baik atau sebaliknya.

Namun begitu kita sebagai hamba-NYA mempunyai hak untuk berusaha agar dijauhkan daripada sesuatu yang buruk atau meminta diberikan sesuatu yang dihajatkan.

Dalam hal ini ada orang yang suka menazarkan sesuatu sekiranya hajatnya terlaksana atau terlepas daripada sesuatu yang tidak diingininya dan ini dilakukan dengan menggantung sepenuh harapan kepada belas ihsan dan kasih sayang Allah S.W.T.

Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa mengingati kekuasaan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ahad, April 25, 2010

Amalan Yang Di Tolak

Allah mengurniakan kepandaian kepada manusia untuk mengukir gunung..renung-renungkanlah:GAMBAR HIASAN


Bid’ah

Hadith:

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Siapa yang mengamalkan suatu amal (ibadat) yang tidak pernah kami lakukan maka amalnya itu ditolak.” (Muslim)

Huraian :

Bid’ah adalah sesuatu yang dibawa ke dalam agama yang tidak mempunyai asas sama sekali sama ada dari al-Quran mahupun as-Sunnah.

Bid’ah adalah sesuatu yang dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran agama dan Syari'ah sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Kewujudan bid’ah tidak lain hanya membawa masuk buah fikiran dan ideologi baru ke dalam agama dengan tujuan untuk merosakkan agama Islam.

Antara sebab yang membawa terjadinya bid’ah adalah jahil tentang hukum agama dan sumber-sumbernya, mengikuti hawa nafsu dalam masalah hukum, fanatik buta terhadap pemikiran orang-orang tertentu, ghuluw (berlebih-lebihan) dan tasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan musyrik.

Justeru jika seseorang itu telah yakin bahawa syariat Islam telah sempurna, tentunya dia tidak akan mengadakan sesuatu yang baru, apatah lagi untuk mengubahnya.

Sebaliknya orang yang mengatakan bahawa syariat perlu diubah dan membuat sesuatu yang baru ternyata dia telah tersesat dari jalan yang lurus.

Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia

Isnin, April 19, 2010

Berkata Baiklah Sesama Kita

LARANGAN MENCEMUH, MEMBUKA KEAIBAN DAN MENGGELAR ORANG DENGAN GELARAN YANG BURUK






Maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”.

Isnin, April 12, 2010

Apalah Guna Gelaran Di Dunia..

RATU Jazz negara, Datuk Sheila Majid, melakar sejarah apabila namanya bakal tercatat di dalam Guinness Book of World Records kerana menggayakan kebaya termahal di dunia pada Ratu A Charity Tribute To Malaysian Women anjuran Cosry Wise (M) Sdn Bhd, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi. Kebaya yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit rekaan Butik Cosry itu ditaburi butiran berlian dan permata daripada jenama Mouawad, yang didatangkan khas dari Geneva. -
Foto: Khairunisah Lokman


***Apalah guna harta bertimbun..apa lah guna pakaian jutaan Rm jika hanya cantik dimata duniawi..tidak untuk akhirat..menemui tuhan yang abadi..

Ahad, April 11, 2010

Hari Yang Ceria..

Assalamualaikum..hari ini anak lelaki ku Ilham tuntut janji dari Umienya nak mandi kolam..memandangkan ayah mereka kerja hari ini.. jadi mandi kolam mandi buatan sendiri dekat balkony rumah jer lah hari ni..he he..gambar atas bersama adik perempuannya Amani

Jumaat, April 09, 2010

Penzina Di Hukum Di Aceh

BANDA ACEH - Satu pasangan Indonesia yang ditangkap kerana melakukan persetubuhan di luar nikah diarak dalam keadaan berbogel di sebuah kampung sebelum dibelasah penduduk yang marah dan kini berdepan dihukum rotan, kata seorang pegawai pemerintah semalam.


Gambar Hiasan Sumbangan GOOGLE


Pasangan itu yang dikenali sebagai Bus, guru berusia 36 tahun dan pasangannya, Yus, 28, seorang suri rumah ditangkap kelmarin kerana didapati berzina di Aceh yang melaksanakan hukum Syariah.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita tersebut dan mendapati pasangan itu tinggal bersama sebelum membawa mereka keluar sebelum diarak dalam keadaan bogel," kata seorang pegawai polis syariah daerah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

Pasangan tersebut kemudian diikat di sebuah pondok pengawal dan penduduk yang amat marah kemudian bertindak memukul kedua-dua mereka itu dengan batang kayu dan tangan sehingga hampir nazak.

Teuku Abdurrazak berkata, jika pihak polis lambat tiba, pasangan tersebut kemungkinan akan mati dan bakal dirotan sebanyak sembilan kali. - AFP

Khamis, April 08, 2010

MENANTU HANTU....

Gambar hiasan




SHAH ALAM: Satu keluarga yang menempuh perjalanan lebih 300 kilometer dari utara ke ibu kota semata-mata mahu berjumpa anak bongsunya berakhir dengan tragedi apabila ketua keluarga berkenaan maut selepas berlaku pergaduhan dengan menantunya di sebuah rumah di Subang Jaya, dekat sini.Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, Isnin lalu, mangsa, Mohamed Nasir Abdullah, 54, mati ketika dikejarkan ke sebuah hospital selepas tidak sedarkan diri, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa, isteri dan anak perempuannya datang dari Pulau Pinang untuk bertemu dengan anak bongsunya yang berusia 20-an yang tidak pulang ke kampung halaman selepas berkahwin tahun lalu. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, sebaik sampai di rumah terbabit, keluarga itu dihalang menantunya untuk berjumpa anaknya sebelum berlaku perang mulut yang membawa kepada pergaduhan.

“Kemudian berlaku tumbuk menumbuk antara lelaki terbabit dengan menantunya sebelum mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.“Dia dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran, tetapi disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.


***Sedihnya membaca kisah begini..moga di jauhkan keluargaku..nauzubillah minzalik..




http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakitemuiajaldipukulmenantu/Article

Rabu, April 07, 2010

PETA HIDUP .....

Zarah H20 yang terbentuk selepas dibacakan al-Quran



Orang selalu tertanya soal peta keduniaan, tetapi pernahkah terfikir hidup ini sebenarnya telah terpeta di dalam naskhah suci, naskah itu ialah al-Quran.
Al-Quran mempunyai hak yang perlu kita sebagai hambaNYA penuhi. Pertama ia menuntut agar dibaca (tilawah),bukan macam baca paper, kedua ia menuntut agar difahami makna setiap ayat yang dilafazkan, sebab itu pentingnya belajar bahasa Arab, kalau tak reti bahasa Arab pon tak pe, Al-Quran terjemahan kan ada, tetapi kalau belajar lagi Afdal.yang terakhir ia menuntut agar diamalkan segala isi kandungannya. Al-Quran peta hidup dunia dan akhirat.Petunjuk ke jalan syurga...

Jumaat, Mac 26, 2010

Rantai Permata "Tiger Eye"

Hari ni mendapat hadiah dari pelajarku dua adik beradik..seorang di darjah 3R.. Muhd. Azim Misman dan abangnya Muhd.Afif Misman darjah 5R..seutas rantai tangan permata "tiger eye" mungkin tak seberapa tapi amat di hargai..ustazah amat menyayangi kamu berdua..khabarnya di beli oleh keluarga mereka yang baru pulang melancong di Sabah..moga Allah melimpah kan rezeki buat kalian sekeluarga..shukran..

Selasa, Mac 23, 2010

Tahniah STAR..


LIMA pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR) menunjukkan lencana sambutan 50 tahun sekolah itu, di Kuching, Sarawak, 23 Mac. Sambutan jubli emas sekolah itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. - Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


***tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya menganjurkan sambutan jubli emas itu disamping menggalakkan para pelajar menyayangi dan berbangga dengan sekolah sendiri..

Isnin, Mac 22, 2010

Kasih Ibu..Hingga Ke Akhir Hayat..

IPOH: Hasrat seorang ibu mengambil cek dermasiswa anaknya tidak kesampaian apabila meninggal dunia ketika sedang berbaris untuk pendaftaran majlis penyerahan cek berkenaan, pagi tadi.

Roziah Ahmad Nasir, 45, tiba-tiba yang hampir rebah berjaya diselamatkan daripada tumbang oleh anak saudaranya, Zaitun Mohd Isa, 39, dan orang ramai yg berada berhampiran di luar dewan bankuet bangunan SUK kira-kira jam 9.15 pagi.

Arwah yang mempunyai penyakit jantung disahkan meninggal dunia dan jenazahnya diletak atas meja pendaftaran, sementara menunggu ketibaan kereta jenazah. Menteri Besari Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang sedang mesyuarat bergegas turun dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi arwah.


***Sedihnya bila membaca kisah sebegini..pengorbanan seorang ibu bersusah payah mungkin dalam keadaan beliau yang tidak sihat mengakibatkan rebah dan meninggal..AL-FATIHAH..dan ucapan takziah dari saya buat keluarga arwah..

Rabu, Mac 10, 2010

Demam Busana Muslimah

Image:sumbangan Maratussolehah


Sejak akhir-akhir ni kita tengok ramai yang suka pakai jubah.Dari satu segi ia satu perkembangan yang baik sebab menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat. dan dari sudut pandangan yang lain pula, ramai yang memakai jubah atau busana muslimah ni hanya untuk berfesyen.fesyen timur tengah,timur tengah tidak bererti Islam katanya....yang lebih menghairankan ada pulak berjubah tetapi tidak bertudung kepala dan dengan sengaja mendedah paha dan kaki di bawah ,begitulah......,kalau ikut hukum manusia, macam-macam helah untuk menghalalkan kehendak nafsu sendiri.

Khamis, Februari 25, 2010

Saya Pun Nak Buat Blog Sendiri..

Mula-mula saya nak klik gambar saya pakai "mouse" ni




Ishh..kecik la pulak keyboard ni..tak nampak lak nak taip..




Haaa..kan dah keluar gambar saya kat blog saya..he he..




***Kelakar bila tengok karenah si kecil 14 bulan ni bila berhadapan dengan laptop Umie dia..selalu tengok apa Umie buat itulah yang di ikutnya..haii..budak zaman sekarang cepat sangat "influence" nya..apa yang orang besar buat semua nak di ikutkan..he he he..insyaallah dah besar nanti Amani belilah laptop sendiri dan belajar pandai-pandai sampai jadi doktor yek..

Ahad, Februari 21, 2010

Apa Rasanya Batu Ini Gamaknya..?


Bakuratul Amani..anak perempuan ku berusia 14 bulan..seumur hidupnya tak pernah melihat batu merah begitu di halaman rumah atuknya di Jengka 3,Pahang...begitu asyik membelek batu itu ketika ayahnya "snap" gambar ini...




Ha..ha..seronoknya dia bercakap sesuatu dalam bahasa yang kurang di fahami kami..he he..untuk pengetahuan semua ketika ayah dan umienya terleka dia dengan selamba menggigit untuk merasa bagaimana batu itu..masyaallah..nasib baik cepat di tegur...

Sabtu, Februari 13, 2010

Madu Lebah Dan Manusia...


Madu lebah(a’sal) Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter)
Wallahualam...

Seronoknya..Jadi Kanak-kanak...

Seronoknya melihat anak lelaki ku Ilham (berbaju merah) berlarian bersama kawan baiknya Aiman di padang sekolah..teringat ku di zaman kecil dahulu..alangkah indah nya waktu itu...alhamdulillah sekarang anakku meningkat dewasa..moga menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat dan sentiasa menghormati kedua ibu dan ayahnya hingga akhir hayat...amin..doa dari Umie..

Jumaat, Februari 12, 2010

Pertandingan Nasyid & Pertunjukan Busana Muslimah


Peserta pertandingan sedang mengadakan persembahan.


Murid-murid SKCI yang menyertai pertandingan Nasyid "Kempen menutup aurat", dari kiri Rozalyana,Faizah Hanani,Nur Nabilah,Nur Adlin Natasya, dan Puteri Nurhuda Haleeda.