Pages

Isnin, Mac 22, 2010

Kasih Ibu..Hingga Ke Akhir Hayat..

IPOH: Hasrat seorang ibu mengambil cek dermasiswa anaknya tidak kesampaian apabila meninggal dunia ketika sedang berbaris untuk pendaftaran majlis penyerahan cek berkenaan, pagi tadi.

Roziah Ahmad Nasir, 45, tiba-tiba yang hampir rebah berjaya diselamatkan daripada tumbang oleh anak saudaranya, Zaitun Mohd Isa, 39, dan orang ramai yg berada berhampiran di luar dewan bankuet bangunan SUK kira-kira jam 9.15 pagi.

Arwah yang mempunyai penyakit jantung disahkan meninggal dunia dan jenazahnya diletak atas meja pendaftaran, sementara menunggu ketibaan kereta jenazah. Menteri Besari Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang sedang mesyuarat bergegas turun dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi arwah.


***Sedihnya bila membaca kisah sebegini..pengorbanan seorang ibu bersusah payah mungkin dalam keadaan beliau yang tidak sihat mengakibatkan rebah dan meninggal..AL-FATIHAH..dan ucapan takziah dari saya buat keluarga arwah..

3 comments:

Cik SHiNJU berkata...

salam...
sedih baca kisah ni...
msti anak arwah lg sedih..
bila ajal dh sampai,x kira di mana yer..
Al-Fatihah..

zulkbo berkata...

kesian kat keluarga si mati..
simpati..takziah dan AL-FATIHAH..

syi berkata...

apabila tiba saat dan ketika kita bertemu denganNYA.maka rebahlah anak adam tanpa dipanjangkan tempoh bernafas walau hanya sesaat.Moga arwah mendapat tempat yang baik di sisiNYA

Catat Ulasan